Saturday, 24 March 2012

Doa pembuka dan penutup majlis




اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم ، إِنَّكَ الْبَرُّ الْجَوَادُ الْكَرِيْم

اَللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا رَحِيْم

TUHAN YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, KAMI MENZAHIRKAN KESYUKURAN KAMI KEPADA-MU YA ALLAH KERANA DENGAN KEIZINAN-MU KAMI DAPAT BERHIMPUN PADA HARI INI DALAM MAJLIS CERAMAH PERDANA “MENCARI HATI SEBENAR” .KAMI MEMOHON KEPADA-MU , YA ALLAH, LIMPAHKANLAH TAUFIQ, HIDAYAH, PETUNJUK DAN INAYAH-MU KEPADA KAMI KHUSUSNYA, MUDAH-MUDAHAN PERHIMPUNAN KAMI INI MENJADI SUATU PERHIMPUNAN YANG ENGKAU REDHAI DAN RAHMATI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, LIMPAHKANLAH RAHMAT DAN IHSAN KEPADA KAMI DALAM MENJALANI KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN TUGAS DAN KEWAJIPAN. KURNIAKANLAH KEPADA KAMI NIKMAT KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KESEMPURNAAN AGAR DAPAT KAMI BERUSAHA MENUJU KE ARAH PEMBANGUNAN DAN KEMAKMURAN. HINDARKANLAH KAMI DARIPADA SESUATU YANG BOLEH MENJEJASKAN KESEJAHTERAAN DAN PERPADUAN KAMI.
يَا فَعَّالُ لِمَا يُرِيْد..

KAMI JUGA MEMOHON PERLINDUNGAN DARI MU DARI SEGALA PERKARA YANG BOLEH MENCACATKAN MAJLIS KAMI DAN DARI SEGALA PERKARA YANG MELALAIKAN KAMI DARI BERBUAT KETAATAN KEPADA MU. HANYA PADAMU  KAMI MENYERAHKAN SEGALA URUSAN KAMI.
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
                     رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ.

 وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم،وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن

No comments:

Post a Comment